:: TETAMU KESAYANGAN ::

Monday 26 December 2011

:: PENCURI ::

assalamualaikum...jumpa lagi kita...bila time rajin idea belambak2 tak hengat sampai tak sempat2 nak buat keje lain...huhuhuh.... nak buat macam mana ye tak anugerah ALLAH...

entry kali ni mengenai pengalaman aku sendiri la...xpernah selama hari ni duduk atau bersama dengan OKT [ orang kena tahan]....keadaan tu berlaku dimana baru2 ni aku ke hospital, sampai pagi tu lepas daftar masuk aku ke hospimart nk beli sarapan [ lapo giler perut masa ni tak hengat]...dah beli sarapan aku rehat dkt kerusi luar hospimart tu sambil menikmati sarapan....dalam 1/2 jam aku kat situ pastu aku berjalan ke bahagian menunggu unit kecemasan...

ramai jugak orang hari cuti2 ni...ye lah sakit bukan kira hari cuti ke tak kan....aku pun dengan penuh confidentnya berjalanla menuju bangku yg kosong bahagian hadapan sekali...sampai je ke bangku tu aku terkejut sbb tibanya aku kat situ serentak dengan seseorang yang digari bersama 2 orang anggota polis dan duduk serentak bersebelahan dgn aku.... 

masa tu berdebar2 jugak dalam kepala macam2 pk ni, karang dia sepaknya aku ke , ape ke alamak aiiii....tp aku cuba kontrol rasa takut tu buat rilek sambil layan surat khabar...tapi masa tu mata kat surat khabar tp otak ke lain...macam2 yang tak elok pk...aduhai....

aku tgk keadaan budak ni agak teruk, darah penuh baju, seluar jeans pun ada darah, kaki berbalut tangan digari ke belakang...dalam hati tu dok berkira2 nk tanya polis ni ke tak....tp rilek dulu lah...pastu tetiba OKT ni menyenget ke kiri badan aku...ha sudah....aku perhatikan gerak dia nk ke mana lagi...tetiba polis tu tanya kat OKT ni 'kenapa?' "sakit?' OKT ni angguk...kemudian polis ni keluarkan kunci gari aku dah risau dah masa tu kalaulah buatnye budak ni tetiba terlepas dari gari tu mampus aku kat sebelah ni...tp aku tgk  polis ni confident je longgarkan gari tu sket...polis tu tanya 'ok tak?' OKT tu angguk je lepas tu tidur...

sementara tunggu nombor giliran tu aku pun berani kan diri lah tanya polis tu, 'kes ape ni cik?'....'kes curi'...."dekat mana?'....."kelumpuk serindit setiawangsa"......aku agak terkejut dgn jawapan tu aku terus tanya lagi ' bukan ke tu kelumpuk perumahan polis?'.....polis tu angguk...aku tanya lagi "ni anak anggota ke org luar?'....'orang luar'....

aku angguk je lah...tp masa berbual tu OKT tu diam je mungkin menyesal mungkin tahan sakit mungkin entahla aku pun tak tau...ye lah dah kena tangkap kan mesti la hati dan otak tu macam2 fikir...mungkin masa ni baru nk fikir kalaulah mak ayah tau , kalaulah itu kalaulah ini....nk buat macam mana kan dah kantoi...kena tangkap 1 hal cedera plak satu hal...lepas kena tangkap kau dah jadi tatapan umum kat hospital tu...mesti la malu kan...

aku kesal sebab OKT tu budak melayu kita muda lagi, sebelum tu aku terdengar polis tu tanya OKT tu buat ape dia kata dia tak keje dok rumah je...tak taulah itu betul ke tidak...tapi pointnya bukan itu...orang melayu kita masih muda dah sia2kan hidup yang ada...sangat sedih bila renung2 balik byk kejadian macam ni budak2 muda yang buat...tak boleh 100% nk salahkan mak ayah, diri sendiri??? mungkin ye...kawan2 mungkin...persekitaran??? mungkin....hanya ALLAH yang tahu jawapan yang tepat...

jika benar OKT tu bersalah aku harap dia menyesal dan tidak mengulangi perbuatan yang sia2 tu lagi...salah tetap salah tetapi berubahlah selepas sedar dari kesalahan tu...


:: MOTOR ::

assalamualaikum...selamat pagi...tentu korang masih blur2 lagi hari ni kan...selalu monday blues ari ni kita tukar tuesday blues plak...maklumlah cuti lama kan...

rasa seronok datang keje ari ni sebab tak jem langsung...perjalanan sgtlah lancar tapi sementara je minggu depan dah start jem balik dan aku kenalah keluar awal pg keje...huhuhuhu...tp ni bukanlah topik entry aku hari ni hehehehe...

cakap pasal motor dah lama aku tak bawa motor sebenarnya...tahun 2005, 5 bulan lepas berada dalam perkhidmatan awam aku beli motor, masa tu ada duit so byrlah cash...pg beli dengan ayah...yg terujanya ayah akulah sampai no plat motor pun dia suruh masuk tender...hamek kau motor biasa je pun tp mahal kat no plat...aku pun ikut je lah...3-4 kali beat nombor tak dapat kesudahannya adjust susunan nombor tu ikut nombor badan ayah masa bertugas dulu akhirnya dapat....dan sampaila sekarang motor tu masih ada...masa zaman2 'merempit' dulu seronok nak pergi keje seronok la boleh keluar rumah lewat kadang2 7.30pagi baru gerak dr rumah, perjalanan 15 minit je...hujan ke panas ke aku redah je sampai dah jadi sebati ape je keadaan dan cuaca aku boleh je bawa...masa motor tu dalam tgn aku memang berjagalah...sentiasa berkilat, service tiap bulan tak miss, siap tukar body kit la...tapi tu semua kenangan...sekarang aku memandu kereta, motor tu aku bagi dekat ayah sebab kesian dia bawa motor kesayangan dia c70 tu...asik rosak dah slow...kadang2 adik perempuan aku guna pg kolej...

bertahun jugak rasanya aku tak naik motor dengan ayah...baru2 ni aku naik motor dgn ayah...aku nk bawa dia tak bagi,dia nk bawa jugak...ok aku ikut je lah walaupun aku tak selesa sbb dia yg bawa ... ye lah tenaga tua umur 61tahun nk bawa org muda mcm aku yang 'sihat' ni....masa atas motor tu bergenang jugak airmata aku sbb rindu dah lama tak naik motor mcm tu dengan ayah...aku ingat lagi masa aku mula2 dapat keje kat KL ayah anta aku dgn motor c70 dia tu lah pagi2 subuh...2-3bulan jugaklah ayah berulang alik anta aku, bila aku dah pandai naik tren balik jadi tugas ayah hanya hantar aku saja dan lama2 aku pg keje sendiri dengan menaiki tren...sedih weyh bila ingat balik kenangan2 lama....

korang pun mesti ada kenangan dengan ayah yang tak dapat korang lupa kan...mmmmm

hurm itulah kisah aku, ayah dan motor....

Thursday 22 December 2011

:: AIRMATA ::

assalamualaikum...




kenapa aku perlu menagis di hari JUMAAT ini...sebak sungguh rasa hati...dalam aku bergembira ada juga duka rupanya...sungguh aku terlupa aku manusia yang lemah jiwanya...

- aku just nk bagitau aku sedih -

Monday 19 December 2011

:: DUIT BARU ::

assalamualaikum....tak nk cakap panjang2....tgk ni...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-







cantik tak ???

:: CARA ALLAH MENEGUR KITA ::

assalamualaikum semua.....mood ari ni sayu sket sbb teringat kenangan pahit...ape pun semoga DIA bahagia di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang berIMAN...sebab rindu sangat malam tadi arwah datang dalam mimpi dan menyapa...erm....xpelah untuk ubatkan hati solat dan zikir....

ok entry hari ni....jom tgh bawah !!!


Kadangkala apabila ujian TIDAK MENJENGAH, kita LUPA untuk memohon..kadangkala, apabila kehidupan TIDAK DIUJI, kita lupa untuk MEMINTA..lantaran itu, HATI terasa KOSONG..bukan kerana ujian yang terasa berat, tapi JARAK dan HUBUNGAN denganNYA yang tanpa sedar SEMAKIN JAUH..

Dalam SENANG, kita lupa untuk terus meminta..semoga Allah LANCARKAN urusan kita, semoga Allah MEMBANTU kita melalui hari-hari seterusnya..lupa diri, terasa diri mampu menjalani hari, tanpa perlu memohon padaNYA..ya Allah, ZALIMNYA diri ini..mungkin kerana itu, hati terasa kosong walau hidup terasa senang kerana sejujurnya, kita sudah jauh dariNYA..✿~

SAKIT yang ku rasa akibat LUKA SEMALAM merupakan TARBIYYAH
buatku..terima kasih kepada Allah yang selalu MENEGUR dan MENASIHATI diri ini.

Wednesday 14 December 2011

::SUBHANALLAH ::

assalamualaikum....SUBHANALLAH.... sangat teruja membaca sebuah kisah benar...janin berumur 15 minggu dilahirkan dan terus hidup....tak nak cerita panjang2...korang tgk gambar kat bawah ni...



korang tengok tu...atas dada mak dia...tersangat2 kecil...SUBHANALLAH....nk tgk saiz sebenar ?jom ..



sangatlah kecil...SUBHANALLAH ....nk tengok rupa dia ? jom...




speechless....



SUBHANALLAH...




ALLAH HU AKBAR... SUBHANALLAH...si kecil ini terus berjuang...



Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.


Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






































:: SAKIT TULANG BELAKANG ::

assalamualaikum semua...lama tak hapdet!!! sejak kebelakangan ni makin sakit rasa tak selesa...duduk lama sakit berdiri pun sakit semua serba tak kena...takla kronik tp rasa agak terganggu jugaklah....ok kat sini aku nak share ngan korang pasa 'sakit' aku ni....



Pengenalan 

Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang 
badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan. 

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak 
dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh: 

• Otot
o Otot tergeliat 
o Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan 
o Otot letih 

• Tulang
o Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah 
o Pecah tulang belakang 
o Tulang yang cacat 
o Kanser tulang 

• Lain-lain
o Kedudukan badan yang tidak betul 
o Penyakit Radang Pelvic (PID)  
o Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis 
o Penyakit batu karang 
o Psikologi [ Berkaitan dengan stres ] 

Tanda & Gejala 

Bila perlu berjumpa doktor?

• Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki. 
• Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya 
• Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki 
• Rasa sakit yang menusuk 
• Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas. 

• Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-  
o Fever (demam) 
o Sakit di bahagian perut 
o Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar. 
o Sakit kepala 
o Berkaitan dengan haid 
  
Komplikasi 

Bergantung kepada sebab dan puncanya,  sakit belakang yang tidak dirawat boleh 
menyebabkan komplikasi :-  

• Lemah atau lumpuh otot-otot kaki  
• Kecacatan kekal  
• Kanser yang tidak dapat dikesan  

Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ 
dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak  dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan 
dan komplikasi lain.  

Rawatan  

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :  
o Rehat yang cukup 
o Regangan pada bahagian belakang 
o Fisioterapi 
o Menggunakan ubat sapu 
o Ubat anti inflamasi tanpa steroid 

Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI  

Pencegahan 

• Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat  
• Berehat untuk meregangkan belakang badan 
• Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan  
• Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan Kanser Serviks  
• Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).  
• Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain untuk mencegah osteoporosis. 
• Kekalkan cara hidup yang sihat 
  
Pemulihan 

Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti NASIDs, Fisioterapi (Pemulihan 
Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja. 

** sampai sekarang masih sakit terutama bila angkat bebanan yang berat...




Sunday 11 December 2011

:: MANUSIA KE PATUNG ?? ::

assalamualaikum....rajin plak ari ni kan...entry hari ni agak menarik berkisar tentang seorang budak perempuan berumur 2 tahun menyerupai anak patung.... aku pun mula2 agak keliru tp korang cuba lah tgk gambar ni...


ha ni dia ngan mak dia....macam anak patung kan....ni lg satu gambar dia bersama anak patung korang boleh tgk similarity.....
ada persamaan kan...

berita penuh ::

KEPULAUAN SHEPPEY – Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti.

Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti kanak-kanak biasa.

“Apabila saya mengetahui bahawa tumbesaran Abbie terbantut, saya bimbang dia tidak akan dapat menjalani kehidupan normal,” kata ibunya, Emma Smith, 29, seorang bekas pengasuh dari Kent dekat sini.

“Namun, saya kini lega selepas mendapati dia suka bergaul dan nakal seperti kanak-kanak lain,” tambahnya. – Agensi

Kalau korang nk tengok gambar lain ada kat < SINI >
-END-

1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara

assalamualaikum...huhuhu dah lama tak hupdate kebizian yang sangat melampau minggu ini...SABTU [10 DIS 11] join KL FOOD CHALLENGE , tp nnt akn diceritakan dengan lebih lanjut sbb gambarnya belum ada lagi...tgh tunggu my sahabat YY menghupdate....[tq invite aku join ]

disebabkan hari ni majoriti pegawai2 aku takde kat opis so kesempatan yang ada ni aku blogwalking tgk entry2 yang menarik...so terjatuh chinta dengan entry YY tentang satu GA....aku ni bukan pandai sgt tp nk try jugak mana tau ada luck kan...aku je tak tau lg bila nk buat GA...hurm kena cari sponsor nih.... ok jom tgk GA ape yang aku nak join ni...



:: TAG ::

TARIKH TUTUP :: 8 JANUARI 2012
JOM KITA SUPPORT ::1ST GA MISS WANDALAARA

Wednesday 7 December 2011

:: PENJAWAT AWAM DIBERI 15 HARI ::


assalamualaikum...apa khabar korang ? entry kali ni sgt PANAS !!!!! jom tak sabar nk share ni...


PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

“Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.

“Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.

ok korang klik link kat bawah ni :::

 



Tuesday 6 December 2011

:: KENA BELASAH ::

SHAH ALAM – “Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini”, ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.
 
Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian  selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.

korang nk tgk suspek yang kantoi tu ??? ha tgk bawah ni ......... zassssssss





-end-

SUMBER :: MUMMY NEMO.COM

:: JADI MODEL LAH PULAK ::

assalamualaikum....macam mana hari ni? sihat....

Entry hari ni agak shy2 cat gitu bukan ape sebelum2 ni pun bukan tak pernah tp sbb dah lama x di make over dan tak pernah la pulak menjadi tatapan umum...

alkisahnya minggu lepas melalui SAHABAT BLOGGER [FB] ada sorang ni publish nk kan model untuk kelas solekan dia....disebabkan tarikh yg tertera tu aku memang la tersangat2 free jd dgn gatalnya aku pun mengofferkan diri...hahahah kelakarlah....seumur hidup xpernah buat kerja mcm ni...

So, pada 4 DIS 2011 baru ni aku pun jadila model yg tak bertauliah sambil jadi model sambil belajar teknik yang betul...dpt byk jugaklah ilmu tq pada cikgu yg kecil molek lagi santek iaitu FAREHA RAHMAT
Kalau korang nk tau lanjut pasal solekan atau kelas dia boleh kunjungi kat sini  FAREHAZONE

Ok  ni la gambar aku di make overkan dengan sentuhan cikgu comel molek ni....





 ha....ni lah serba sedikit gmbar itu pun ambil dari album cikgu comel tu...tq yerk cikgu....ape??? nk tgk gambar aku di make overkan??? betul ni? tp korang jangan gelak ye...klu nampak cantik tu make up nya bukan tuannya...hikhikhik....okeylah....tgk ni..........zasssssssssss




taraaaaaaaa......inilah aku yg dah diconteng2 mukanya.....



- end -










:: GAJI SBPA 2012 ::

assalamualaikum....camane hari ni ok ke? hopefully korang ok ye...ok ni nk share pasak skim gaji baru kakitangan awam kali ni untuk gred J...moh tengok tapi belum ada detailnya lagi k...ini secara kasar sahaja...

SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340 KGT RM145/150

SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 KGT RM 180 

SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 KGT RM 195

nanti kalau ada jadualnya aku akan upload untuk tatapan korang...

-end- 

Monday 5 December 2011

:: GAJI SBPA 2012 :: INILAH KEPUTUSAN MUKTAMAD ::

assalamualaikum semua...sihat? macam mana hujung minggu korang? hujung minggu aku sangat memenatkan...belum punya masa untuk merehatkan diri dari kesibukan...ape pun kesibukan ini sangatlah berbaloi...

okeyh now nk share ngan korang tentang tangga gaji kita yang baru bagi tahun 2012...




PUAS HATI TAK ?