:: TETAMU KESAYANGAN ::

Monday 26 December 2011

:: PENCURI ::

assalamualaikum...jumpa lagi kita...bila time rajin idea belambak2 tak hengat sampai tak sempat2 nak buat keje lain...huhuhuh.... nak buat macam mana ye tak anugerah ALLAH...

entry kali ni mengenai pengalaman aku sendiri la...xpernah selama hari ni duduk atau bersama dengan OKT [ orang kena tahan]....keadaan tu berlaku dimana baru2 ni aku ke hospital, sampai pagi tu lepas daftar masuk aku ke hospimart nk beli sarapan [ lapo giler perut masa ni tak hengat]...dah beli sarapan aku rehat dkt kerusi luar hospimart tu sambil menikmati sarapan....dalam 1/2 jam aku kat situ pastu aku berjalan ke bahagian menunggu unit kecemasan...

ramai jugak orang hari cuti2 ni...ye lah sakit bukan kira hari cuti ke tak kan....aku pun dengan penuh confidentnya berjalanla menuju bangku yg kosong bahagian hadapan sekali...sampai je ke bangku tu aku terkejut sbb tibanya aku kat situ serentak dengan seseorang yang digari bersama 2 orang anggota polis dan duduk serentak bersebelahan dgn aku.... 

masa tu berdebar2 jugak dalam kepala macam2 pk ni, karang dia sepaknya aku ke , ape ke alamak aiiii....tp aku cuba kontrol rasa takut tu buat rilek sambil layan surat khabar...tapi masa tu mata kat surat khabar tp otak ke lain...macam2 yang tak elok pk...aduhai....

aku tgk keadaan budak ni agak teruk, darah penuh baju, seluar jeans pun ada darah, kaki berbalut tangan digari ke belakang...dalam hati tu dok berkira2 nk tanya polis ni ke tak....tp rilek dulu lah...pastu tetiba OKT ni menyenget ke kiri badan aku...ha sudah....aku perhatikan gerak dia nk ke mana lagi...tetiba polis tu tanya kat OKT ni 'kenapa?' "sakit?' OKT ni angguk...kemudian polis ni keluarkan kunci gari aku dah risau dah masa tu kalaulah buatnye budak ni tetiba terlepas dari gari tu mampus aku kat sebelah ni...tp aku tgk  polis ni confident je longgarkan gari tu sket...polis tu tanya 'ok tak?' OKT tu angguk je lepas tu tidur...

sementara tunggu nombor giliran tu aku pun berani kan diri lah tanya polis tu, 'kes ape ni cik?'....'kes curi'...."dekat mana?'....."kelumpuk serindit setiawangsa"......aku agak terkejut dgn jawapan tu aku terus tanya lagi ' bukan ke tu kelumpuk perumahan polis?'.....polis tu angguk...aku tanya lagi "ni anak anggota ke org luar?'....'orang luar'....

aku angguk je lah...tp masa berbual tu OKT tu diam je mungkin menyesal mungkin tahan sakit mungkin entahla aku pun tak tau...ye lah dah kena tangkap kan mesti la hati dan otak tu macam2 fikir...mungkin masa ni baru nk fikir kalaulah mak ayah tau , kalaulah itu kalaulah ini....nk buat macam mana kan dah kantoi...kena tangkap 1 hal cedera plak satu hal...lepas kena tangkap kau dah jadi tatapan umum kat hospital tu...mesti la malu kan...

aku kesal sebab OKT tu budak melayu kita muda lagi, sebelum tu aku terdengar polis tu tanya OKT tu buat ape dia kata dia tak keje dok rumah je...tak taulah itu betul ke tidak...tapi pointnya bukan itu...orang melayu kita masih muda dah sia2kan hidup yang ada...sangat sedih bila renung2 balik byk kejadian macam ni budak2 muda yang buat...tak boleh 100% nk salahkan mak ayah, diri sendiri??? mungkin ye...kawan2 mungkin...persekitaran??? mungkin....hanya ALLAH yang tahu jawapan yang tepat...

jika benar OKT tu bersalah aku harap dia menyesal dan tidak mengulangi perbuatan yang sia2 tu lagi...salah tetap salah tetapi berubahlah selepas sedar dari kesalahan tu...


No comments:

Post a Comment