:: TETAMU KESAYANGAN ::

Sunday 11 December 2011

:: MANUSIA KE PATUNG ?? ::

assalamualaikum....rajin plak ari ni kan...entry hari ni agak menarik berkisar tentang seorang budak perempuan berumur 2 tahun menyerupai anak patung.... aku pun mula2 agak keliru tp korang cuba lah tgk gambar ni...


ha ni dia ngan mak dia....macam anak patung kan....ni lg satu gambar dia bersama anak patung korang boleh tgk similarity.....
ada persamaan kan...

berita penuh ::

KEPULAUAN SHEPPEY – Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti.

Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti kanak-kanak biasa.

“Apabila saya mengetahui bahawa tumbesaran Abbie terbantut, saya bimbang dia tidak akan dapat menjalani kehidupan normal,” kata ibunya, Emma Smith, 29, seorang bekas pengasuh dari Kent dekat sini.

“Namun, saya kini lega selepas mendapati dia suka bergaul dan nakal seperti kanak-kanak lain,” tambahnya. – Agensi

Kalau korang nk tengok gambar lain ada kat < SINI >
-END-

No comments:

Post a Comment