:: TETAMU KESAYANGAN ::

Tuesday, 8 May 2012

APAKAH ITU RAWATAN SUNTIKAN NUCLEOPLASTY?

assalamualaikum...erm bersawang dah belog den ni ha....nk kata sibuk xla sibuk mana tp ada perkara2 yang lebih menjadi keutamaan....oklah ari ni sebenarnya aku stress dgn soseh2...yela mulut longkang boleh tutup kan...hurm xmo ckp lbih nnt tmbh dosa je...



kat sini aku nak share pasal 1 rawatan yg pernah aku jalani....mgkin korang pun pernah klu xpernah meh aku share sket ilmu....


NUCLEOPLASTY adalah satu kaedah rawatan alternatif bagi pesakit slip disc atau dlm bahasa melayunye cakera tergelincir....kaedah ini adalah merupakan satu lagi kaedah radiofrekuensi dimana haba akan dialirkan ke bahagian tgh cakera...


rawatan ini dilakukan dibawah kawalan x-ray serta pakar orthopedik. betul ke tidak ngeja...hentam je lah korang faham kan ...hehehehehe...ok caranya jarum akan disuntik dikiri dan kanan tulang kemudian haba 40-60 darjah celcius akan dialirkan ke tgh cakera....huhuhu klu xkena bius ni korang jerit tau...

Haba yang yang terbentuk dalam cakera ini akan melarutkan tisu nukleas (tengah) cakera yang menyebabkan penurunan tekanan yang ketara dalam cakera tersebut. Disebabkan tisu cakera bersifat anjal, maka penurunan tekanan ini meyebabkan bahagian cakera yang tergelincir itu mengecut semula. Pengecutan ini menyebab tekanan kepada akar saraf oleh cakera tergelincir tadi dapat dialihkan.Dengan itu sakit dari akar saraf yang tersepit tadi (sakit seperti renjatan elektrik yang turun kekaki) akan beransur pulih. Pergh macam ayat buku dah ni...
Teknik ni merupakan satu kaedah pemanasan dalam cakera, tetapi suhu yang yang agak rendah yang digunakan menyebabkan kerosakan minima pada tisu persekitaran jika kebocoran berlaku. Teknik ini mampu memberikan penyembuhan yang cepat dan pesakit hanya perlu dimasuk ke dalam wad selama satu hari sahaja. Kelegaan segera dari rasa sakit merupakan ciri utama teknik baru ini dan biasanya selepas satu hari suntikan dibuat.  Kesan sampingan yang sering berlaku ialah rasa pedih pada kulit bekas dari suntikan dilakukan. Korang nak rasa ke ? huhuhu jgnlah sayangilah diri korang k jangan jadi mcm aku...

oklah jumpa next entry k...bye

4 comments:

  1. Jap lg sy pun nak buat nucleoplasty ni kat hospital SALAM..TQ atas info

    ReplyDelete
  2. salam kak wt rwtan ni kt hospital mane ye?..boleh inform x 0137233151

    ReplyDelete
  3. Salam.sy baru buat operation peld lumbar.disc prolapse di l4 l5|s1. Alhamdulilah dah bangun smula.tapi msh skt sb blm smbh sepenuhnya.ambk ms skrngnya 3 bln untuk recovery.cervical sy akan cocok nucleoplasty yg dicadangkn doctor pd sy.servical sy yg trkuar tu di c3 c4 dan c5.alhamdulilah sy telah dipertumukn dgn doktor lim heng hing.moga2 suntikan radiofreguency sy brjaya.amin. farah hana chong @ hospital gleneagles medical centre.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doctor ni jns straith to the point.suka orng yg bercakap jujur... msh di sini.dah masok 12 hari.slps operation lumbar pd 24.2.14. Skrng cervical pulk yg skt.moga2 berjaya...

      Delete