ok semasa pencarian aku mengenai silver ni menerusi laman sesawang terbaca satu entry yang agak menarik...meh sini aku share ngan korang...sounds interesting sgt...
Di Malaysia, silver masih belum mempunyai tempat dalam hati masyarakat. Umumnya segelintir sahaja yang tahu tentang potensi silver. Itupun barangkali mereka adalah penyimpan atau pengumpul syiling/ bar/ jongkong emas. Namun potensi untuk silver naik nilai adalah sangat tinggi di pasaran global.
Setahun yang lalu, harga bagi 1 oz atau 31.105 gram silver adalah sekitar USD$15-USD$18. Siapa sangka. Angka tersebut kini bertukar hampir 100% kepada nilai semasa sekitar USD$35. Peningkatan drastik mengatasi potensi emas global.Dalam keadaan harga emas yang begitu mahal untuk dimiliki pada masa sekarang, tak mustahil dalam satu atau dua tahun akan datang, pelaburan silver akan menjadi tumpuan ramai orang.
Pihak UOB Bank Singapura ada menawarkan akaun simpanan silver di sana. Menarik ! Di sini, pasaran silver sebagai barangan kemas mahupun pelaburan masih dingin. Bagi saya , ini satu peluang yang sangat baik.
Kini , dengan peningkatan harga emas dari masa ke semasa, emas menjadi sukar untuk dimiliki oleh kebanyakan masyarakat India luar bandar. Jangan kan mereka, saya yakin rakyat Malaysia sendiri berfikir 3 kali untuk membeli sekeping syiling emas. Itupun puas bertangguh dari tahun lepas
Dengan alternatif yang ada, permintaan terhadap silver sebagai barangan kemas dalam pasaran India mula mendapat tempat. Kini ramai di kalangan masyarakatnya mula membeli silver sebagai barangan kemas mahupun sebagai pelaburan melindungi Inflasi. Oh ya, tahukah wahai kawan-kawanku inflasi semasa negara kini ( pada Jan 2011 ) ialah 2.4% ? Meningkat dari 2.2% pada Jan 2010 yang lalu.
Bukan itu sahaja, berdasarkan maklumat dari internet, tahun lepas India telah mengimport lebih 4000 tan metrik silver. Hanya 1300 tan metrik digunakan dalam sektor pembuatan. Selebihnya dijadikan barangan kemas. Ini fakta yang mengkagumkan !
Sangat menarik kan entry ni....semua ni aku copy je geng kredit to NAIM RAHIM
ape lagi jom kita mula dari sekarang...ok nk sambung buat research nanti ada info menarik aku kongsi lg ngan korang sumer eh...muahhhhhh
TQ... =)
ReplyDelete