:: TETAMU KESAYANGAN ::

Wednesday 16 May 2012

:: gilakan PAVLOVA ::

assalamualaikum....salam sejahtera....

semenjak dua menjak ni aku gila dengan PAVLOVA...sehinggakan memaksa aku mencari rupa, resepi dan sejarah pavlova ni...korang mesti lagi hebat dari aku kan...aku ni agak ketinggalan tentang benda2 baru ni...aku tau pasal pavlova ni pun dari member ofis...dia tanya "akk pandai tak buat pavlova?" aku ternganga [dengar pun tak pernah ni nak buat ]...aku terus tanya dia "ape tu?" "ala kak mcm desert je, camane nk cakap erh" lepas tu dia tunjuk aku gambar kawan dia buat untuk makan2 dekat ofis...kawan dia kata senang je nak buat.... aku pun " ooooo ye ke..."

balik dari ofis aku mulakan pencarian ape itu pavlova...mula2 cari gambar dulu .....


ooooooooooooooo ini dia rupa PAVLOVA tu.....

ok next aku cari sejarah PAVLOVA....

Pavlova adalah pencuci mulut meringue yg dinamakan sempena nama penari ballet Russia iaitu Anna Pavlova. Ia adalah pencuci mulut meringue dengan kerak garing dan lembut didalamnya..Pencuci mulut ini dibuat sempena kedatangan Anna ke New Zealand & Australia pada Tahun 1920an..xpasti plak selepas @ sblm dia datang melawat negara itu. Pembuatannya menjadi perdebatan antara 2 negara ini kerana masing2 menyatakan bahawa mereka la org pertama yg mencipta kek pavlova ni..aduh lantak korangla ye...ok itula serba sedikit sejarah PAVLOVA...

rasa mcm tertarik plak nk belajar buat PAVLOVA jadi aku pun search la dekat internet ni...akhirnya jumpa yang super simple dan mudah faham...korang nak tak resepinya??? xnak pun aku nak share jugak...rasa cam excited plak...hehehehe...ok ni dia resepinya....sumber dari CaHaYa CiNta Ku ::

- Kita perlukan 4 biji putih telor ayam.. telor ini BUKAN yg di simpan dlm peti ais tau..
- Secawan gula..kalau tak suka manis sangat kurangkan kepada 3/4...GULA CASTER ye
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh cuka makan
- 1/2 sudu teh esen vanila
tu je bahan2nya....mudahkan....untuk topping nanti jap lagi aku cite k...sekarang CARA BUAT plak...baca betul2 tau...


Cara2 membuatnya :

Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah saje..

Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius..

~ Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje tau.. 

~ Kemudian, putar putih telur pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu gebu (soft peaks).. Korang putar guna button paling max terus tau, takyah nak bermula dgn kelajuan rendah pun..

 - nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh..

~ Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar..

~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit..

- Bila dah sebati, stopkan mixer.. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak..

~ Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td..

Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..

~ Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..

- Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.. mcm nak buat benteng la kiranya.. macam kawah la lebih kurang...

~ Pastu apa lagi.. masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit..

- Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum..

- Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..

- Semasa proses pembakaran, jgn bukak tutup oven lak..perbuatan tu akan mencacatkan pavlova anda...

- Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

- Ini mengelakkan pavlova tersebut crack @ merekah.. biar le jap dlm 10 minit.. pastu barulah kuarkan.. biarlahseketika..
Cara2 membuat toppingnya :
 
~ Secawan @ 250 ml whipping cream..
Guna whipping cream jenama rich's..Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping.. beli kat kedai bakery je.. beli jenama rich's..kalau jenama lain tak jamin boleh jadi topping atau tidak coz xsemua whipping sesuai untuk pavlova ni...

~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit putar...lama kan...

~ Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan.. contoh buah stoberi, anggur hitam, kiwi , blueberry,ape2 sj yang kita nak sebab yang nak makan pun kita kan heheheheh....

~ Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak asingkan dr baking paper..

- letak topping yang dah diputar tadi pastu hiaslah dengan buah2 yang kita potong...cara potong buah terpulang nak didadukan ke nak panjang2 ke terpulang k....

- lebih sedap sebelum makan PAVLOVA tu disejukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam...tapi kalau dah tak sabar tu makan je lah...


haaaaaa dah siap...

SELAMAT MENCUBA......

2 comments:

  1. Woo sedapnya! Tak pernah buat lagi tapi berminat jugak. Nampak macam sedap gila lahh. Nanti nak suh mak buat kan. Hahaha. Thanks kak share resipi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK WELCOME... :)...nanti dah buat buatla entry ye boleh tgk hasilnya...

      Delete