:: TETAMU KESAYANGAN ::

Wednesday 14 December 2011

:: SAKIT TULANG BELAKANG ::

assalamualaikum semua...lama tak hapdet!!! sejak kebelakangan ni makin sakit rasa tak selesa...duduk lama sakit berdiri pun sakit semua serba tak kena...takla kronik tp rasa agak terganggu jugaklah....ok kat sini aku nak share ngan korang pasa 'sakit' aku ni....



Pengenalan 

Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang 
badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan. 

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak 
dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh: 

• Otot
o Otot tergeliat 
o Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan 
o Otot letih 

• Tulang
o Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah 
o Pecah tulang belakang 
o Tulang yang cacat 
o Kanser tulang 

• Lain-lain
o Kedudukan badan yang tidak betul 
o Penyakit Radang Pelvic (PID)  
o Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis 
o Penyakit batu karang 
o Psikologi [ Berkaitan dengan stres ] 

Tanda & Gejala 

Bila perlu berjumpa doktor?

• Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki. 
• Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya 
• Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki 
• Rasa sakit yang menusuk 
• Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas. 

• Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-  
o Fever (demam) 
o Sakit di bahagian perut 
o Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar. 
o Sakit kepala 
o Berkaitan dengan haid 
  
Komplikasi 

Bergantung kepada sebab dan puncanya,  sakit belakang yang tidak dirawat boleh 
menyebabkan komplikasi :-  

• Lemah atau lumpuh otot-otot kaki  
• Kecacatan kekal  
• Kanser yang tidak dapat dikesan  

Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ 
dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak  dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan 
dan komplikasi lain.  

Rawatan  

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :  
o Rehat yang cukup 
o Regangan pada bahagian belakang 
o Fisioterapi 
o Menggunakan ubat sapu 
o Ubat anti inflamasi tanpa steroid 

Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI  

Pencegahan 

• Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat  
• Berehat untuk meregangkan belakang badan 
• Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan  
• Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan Kanser Serviks  
• Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).  
• Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain untuk mencegah osteoporosis. 
• Kekalkan cara hidup yang sihat 
  
Pemulihan 

Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti NASIDs, Fisioterapi (Pemulihan 
Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja. 

** sampai sekarang masih sakit terutama bila angkat bebanan yang berat...




1 comment: