:: TETAMU KESAYANGAN ::

Monday 21 November 2011

:: I'M PROUD TO BE MALAYSIAN ::

assalamualaikum....

panassssssss!!!!! dari malam tadi sampai sekarang org masih memperkatakan tentang bola sepak...YE BOLA SEPAK AKHIR MALAYSIA vs INDONESIA...kesudahan dengan 4 MALAYSIA 3 INDONESIA.....

hormon telah merembes dalam badan sehingga menyebabkan SEMANGAT semua rakyat MALAYSIA melebihi 100% hari ni termasuk aku.... TAHNIAH HARIMAU MUDA...semoga kalian terus berjuang bukan sekadar untuk MENANG tapi MARUAH...TAHNIAH !!!! aku sangat2 bangga dengan corak permainan, dengan kawalan permainan dan barisan pemain...walaupun ada yang kata klu tak kerana KHAIRUL FAHMI semua ni tak kan berlaku, tapi pada aku semangat berpasukan yang ditunjukkan adalah perkara yang sgt penting...semua terlibat dalam kejayaan pasukan NEGARA. Baik dari pengurusan, pemain tak kira kesebelasan utama atau simpanan, semuanya memainkan peranan yang penting dan apa yang lebih penting KEMENANGAN ini rezeki dari ALLAH...DIA yang memperkenankan DOA kita semua setelah berhempas pulas dan inilah hasilnya...

JIKA permainan malam tadi menyebabkan kita KALAH aku juga tetap rasa berbangga kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain....HARAPAN aku MARUAH sukan selepas ini akan terus naik naik dan naik dan MALAYSIA akan menjadi sebuah negara yang amat digeruni di mata dunia... insyALLAH...

TAHNIAH ADIK ADIKKU TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN....

No comments:

Post a Comment