:: TETAMU KESAYANGAN ::

Wednesday 21 November 2012

~KHILAF~

Kita manusia, ciptaan ALLAH yang MAHA AGUNG...namun kita tidak sesempurna mana kerana sentiasa melakukan kesilapan samada terhadap manusia, haiwan atau alam sekitar...Kesilapan yang paling diingati adalah kesilapan kita sesama manusia...Ada phrase "aku boleh maafkan kamu namun bukan mudah untuk aku melupakannya".....

Memang benar kadangkala kesilapan orang lain terhadap kita amat amat amat sukar untuk kita lupakan tetapi inilah dia ciptaan ALLAH yang maha HEBAT, semuanya terletak di HATI...aku juga turut merasa perkara yang sama, kita semua sama namun mungkin keadaan yang membezakannya...tiada daya yang lain selain menyerahkan semuanya kepada ALLAH tetapi bukan hanya berserah tetapi berusahalah kemudian berserah...tiada apa lagi daya yang mampu untuk kita lakukan selepas berusaha...

KETERLANJURAN.....ya bisa memutuskan silaturahim andai tidak dijaga namun berbalik kepada pernyataan diatas kita hanya manusia....aku sentiasa belajar memaafkan orang dan menganggap bahawa apa yang berlaku adalah satu pelajaran baru...memang perit...kadangkala hingga tiada airmata untuk ditumpahkan bagi menyatakan betapa pedihnya saat itu namun perlahan2 belajar memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk buktikan dan memperbaiki keadaan...

Selepas memaafkan belajar melayan seperti sediakala...malah cuba tidak menunjukkan hati masih lagi bersedih...zikir sentiasa meniti dibibir, ruang mata sentiasa membayangkan yang indah, akal sentiasa mengingati perkara baik yang telah dilakukan...

Tetapi kita hanya MANUSIA, tiada daya memaksa untuk memaafkan kita malah juga tiada daya untuk memaksa mereka melupakan apa yang telah berlaku walaupun mungkin kesilapan itu hanya sekali dan mungkin juga kesilapan itu tidak disengajakan dan membawa maksud lain...Selebihnya mungkin inginkan cuma secebis perhatian....

Berbalik kepada resam hidup, kita manusia punya cara tersendiri untuk terima kenyataan...PERCAYALAH ALLAH sedang merencanakan sesuatu yang lebih BAIK....

CINTA ABADI...

No comments:

Post a Comment