:: TETAMU KESAYANGAN ::

Wednesday 21 November 2012

~KHILAF~

Kita manusia, ciptaan ALLAH yang MAHA AGUNG...namun kita tidak sesempurna mana kerana sentiasa melakukan kesilapan samada terhadap manusia, haiwan atau alam sekitar...Kesilapan yang paling diingati adalah kesilapan kita sesama manusia...Ada phrase "aku boleh maafkan kamu namun bukan mudah untuk aku melupakannya".....

Memang benar kadangkala kesilapan orang lain terhadap kita amat amat amat sukar untuk kita lupakan tetapi inilah dia ciptaan ALLAH yang maha HEBAT, semuanya terletak di HATI...aku juga turut merasa perkara yang sama, kita semua sama namun mungkin keadaan yang membezakannya...tiada daya yang lain selain menyerahkan semuanya kepada ALLAH tetapi bukan hanya berserah tetapi berusahalah kemudian berserah...tiada apa lagi daya yang mampu untuk kita lakukan selepas berusaha...

KETERLANJURAN.....ya bisa memutuskan silaturahim andai tidak dijaga namun berbalik kepada pernyataan diatas kita hanya manusia....aku sentiasa belajar memaafkan orang dan menganggap bahawa apa yang berlaku adalah satu pelajaran baru...memang perit...kadangkala hingga tiada airmata untuk ditumpahkan bagi menyatakan betapa pedihnya saat itu namun perlahan2 belajar memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk buktikan dan memperbaiki keadaan...

Selepas memaafkan belajar melayan seperti sediakala...malah cuba tidak menunjukkan hati masih lagi bersedih...zikir sentiasa meniti dibibir, ruang mata sentiasa membayangkan yang indah, akal sentiasa mengingati perkara baik yang telah dilakukan...

Tetapi kita hanya MANUSIA, tiada daya memaksa untuk memaafkan kita malah juga tiada daya untuk memaksa mereka melupakan apa yang telah berlaku walaupun mungkin kesilapan itu hanya sekali dan mungkin juga kesilapan itu tidak disengajakan dan membawa maksud lain...Selebihnya mungkin inginkan cuma secebis perhatian....

Berbalik kepada resam hidup, kita manusia punya cara tersendiri untuk terima kenyataan...PERCAYALAH ALLAH sedang merencanakan sesuatu yang lebih BAIK....

CINTA ABADI...

~ ERTI HIDUP ~

Assalamualaikum...lama sudah tidak berbelog...terlalu banyak benda yang perlu diuruskan...

Hidup....segala macam rasa, semuanya akan kita lalui...terpulang kepada cara kita mengatasi apa jua cabaran yang datang. Cabaran / ujian / dugaan kadangkala melemahkan kita...terus rasa putus asa dan hilang semangat...kita manusia kadangkala terlupa kita punya kekuatan iaitu AGAMA...memang bukan mudah untuk kita lalui tiap ujian yang datang tetapi ingatlah kerana setiap ujian itu adalah sekadar ujian untuk kita sebagai umatnya atas dosa2 yang lepas2...setiap masalah yang datang hadapi dengan tenang dan sabar kerana tiap musibah itu akn mengugurkan dosa2 kita yang lalu...namun janganlah hanya sementara kita mengingati NYA tatkala sedih kecewa ataupun gagal...

Teruslah menjalankan tanggungjawab sebagai umatnya tak kira walau dalam keadaan senang atau susah...diwaktu hati sedang mencari yang pasti banyak hasutan , banyak gangguan terlalu banyak halangan yang akan menyebabkan kita tidak waras dalam membuat keputusan dan akhirnya kita kecewa dengan apa yang kita telah lakukan...SABAR ubat paling mujarab untuk mencapai kemenangan dan kebahagiaan...

Memang....memang sangat perit jika difikirkan tetapi itulah yang terbaik...kita tidak boleh undurkan masa tetapi perbaikilah mana yang kurang, tutup mana yang terbuka dan terus lakukan yang terbaik walaupun kadangkala kita kalah...

INGATLAH, dalam KEPAHITAN tersimpan 1001 KEMANISAN...SABARLAH !!!

Latihlah diri untuk terus bersabar, latihla hati untuk selalu berzikir agar terus diberi kekuatan, merayulah, merataplah , serahkan hati sepenuhnya kepada ALLAH kerana hanya ALLAH yang MAHA RAHMAN, RAHIM, FATTAH (pembuka)....ALLAH sentiasa rindukan doa, rayuan hambaNYA...

Cintailah ALLAH sepenuh hati insyALLAH kita akan temui jawapanya...

CINTA ABADI....