:: TETAMU KESAYANGAN ::

Wednesday 10 October 2012

:: KETAWA PENAWAR DUKA ::

Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

Tuesday 9 October 2012

:: Walaupun sibuk aku tetap... ::

assalamualaikum...
 
tajuk tu macam nak buat karangan masa sekolah dulu...korang ingat tak lagi? kadang2 cikgu bg tajuk aku sebatang pensil atau sambungkan cerita daripada pendahuluan yang diberi dan kita pun mulalah buat rangka karangan...lepas dah siap kira pulak berapa patah perkataan...ingat tak ? lucu klu ingat balik...tapi bukan tu sebenanrnya yang aku nak cerita ...hiiihi
 
sebenarnya dalam 3 bulan ni aku agak bz sebab menguruskan perkahwinan adik aku yang akan berlangsung pada bulan NOV 2012...banyak benda nk kena buat...tapi walaupun sibuk nk menguruskan aku tetap juga curi masa untuk join aktiviti sukarela atau aktiviti dengan badan2 swasta yang lain selain berpesatuan.
 
banyak jugaklah aktiviti sukarela yang aku dan join, bila dilihat balik sijil2 tu rupanya banyak yang aku dah tempuh...macam2 pengalaman...ada pahit manis namun tu biasalah kan mana ada perjalanan hidup kita sentiasa tenang saja ye tak...ada pasang surutnye...
 
satu topik yang nak share sangat2 ialah aktiviti aku bersama kelab kereta...tp bukan sekarang...next entry k sbb sekrang ni nak kena mula kerja...adus xleh tgk org senang...huhuuuh....
 
c ya...

- Banyak Sangat -

assalamualaikum...
 
mingu2 yang dilalui dengan penuh kebzian...penuh dan padat jadual aktiviti...seronok ada, puas ada, release sekejap ape yang menekan hidup...BANYAK SANGAT nak cerita ni , nk share ngan korang semua tp kena susun dulu satu persatu supaya takla terabur kan... ok sementara aku nk pilih yang mana harus aku mulakan tu korang layanla cerita lain dalam blog aku ni ye...
 
c u next entry...