:: TETAMU KESAYANGAN ::

Thursday 17 May 2012

:: KOPI & KAMBING ::

assalamualaikum...dah kata dah ada je entry aku buat dalam masa sehari ni...ada je bahan tak boleh nak tunggu esok huhu...harap korang tak boringlah ye...

korang tau tak makanan sunnah NABI MUHAMMAD S.A.W ??? aku pun baru tau ni...ilmu yang baik harus dipanjang2 kan semoga semua mendapat manfaatnya...kali ni aku dapat info dari seorang sahabat iaitu Ikhwan Ismail ...meh aku share...


ni gambar potongan kambing...


ok berikut adalah info yang aku dapat dari saudara IKHWAN ISMAIL ...jom baca...

Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Wednesday 16 May 2012

:: Kek Karamel ::

assalamaualaikum semua...macam ni la aku ni klu ada mood ada idea ada bahan sehari tu berkali2 update entry...lagipun kebosanan ni , ramai tak ada, ada yang cuti ada yg off....sambil online sambil cari bahan...

dalam bulan JAN atau FEB aku balik kg...ofcoz PENANG...dah balik kg tu biasalah adat kita menziarah yang sakit, yang tua, yang dah lama tak jumpa untuk merapatkan silaturahim selain bertanya khabar...almaklumlah nak balik dah la susah bila balik tu aktiviti menziarah ni memang penuh la hampir setiap hari....[macam takde kena mengena plak dengan tajuk kan...heheheh ] ada la kejap ye belum sampai lagi time nye...

al kisahnya aku n family ziarah pak ngah aku a.k.a abg kepada mak aku...dekat je ngan umah arwah tok wan...selalu aku jalan kaki merentasi sawah padi yang masa tu sedang menguning tapi kali ni kudrat mak ayah dah tak kuat lagipun penat dalam perjalanan lebih kurang 12jam dalam kereta sebab sesak gilerrrrrrr...jadi aku bawala mereka tu dgn kereta...

macam biasa sampai je salam la kan ofcoz, aku tgk pak ngah aku tu dah tak macam dulu...semakin uzur...duduk je kat kerusi dia tu lah...mak ayah aku ni sembang...aku ngan adik aku ape lagi ke dapur la ...opssss jgn salah faham erk bukan tolong buat air tp kalau korang nak tau umah pak ngah aku ni panjang ke belakang, belakang umah dia tu sawah padi n tanah luas la jugak...dulu masa dia sihat macam2 dia buat, bela ayam, kolam ikan, ladang cili skrg semua tu dah tak ada, so kaedahnya kitorang pg ke dapur tu nak lepak ngan anak pak ngahla yang mana muda dari aku lagi...kebetulan masa melalui rumah tengah sebelum sampai ke pintu dapur aku mula bau sesuatu...erm KEKKKKKKKKKKKK....makin laju langkah aku....

wahhhhhh !!! excited aku tgk kek tu...korang nak tengok ??? jom aku kongsi kan kek yg adik sepupu aku buat...

 inila dia hasilnya...adik sepupu aku buat katanya kawan tempah untuk hantaran pertunangan...menarik kan kek ni...inilah kek karamel...

over excited dah aku ni, risikla resepi jeng jeng , dia pun bgla aku bc mak aiiiiiiiiiiii macam susah je nak buat, panjang lak tu...dtgla malas aku tu nk salin2 aku pun snap je gambar...huhuhuhu....nmpk sgt malas kan...sambil tu sembang ngan dia ape pantang, ape yg boleh ape yang tak boleh so dptlah beberapa tips n simpan baik2 dalam kocek suar jeans...hohohohho....then lepas sembang tu aku pun tinggalkan dia lah sebab byk jugak tempahan tu, masa aku sampai tu 2 dah siap 1 dalam oven tapi dalam mangkuk aku nmpk ade lagi adunan maknanya ada lg yang belum siap...jadi tak nak ganggu aku g ke sawah ngan adik aku bukan nak menampi padi tp bergambar .....

setelah sekian lama aku simpan resepi tu sampaila satu ketika ketika melayari fb ternampak satu page yang menjual tepung kek, setelah baca faham dan berkomunikasi dengan tuan punya page jadi aku ambil keputusan untuk beli tepung kek tu...cuba punya cuba punya cuba aku semakin excited untuk buat kek...sekarang ada la order sikit2...maklumla aku ni amatur mana pernah belajar secara sah pun semua melalui guru2 online....

ok berbalik kepada kek karamel, al kisah kalau korang nak tau umah aku tak ada pembakar, aku cuma guna pengukus sahaja , disebabkan hati ni membuak2 nak buat jugak kek karamel ni aku usaha mencari adunan tepung yang membolehkan untuk aku mengukus kek karamel ni akhirnya aku jumpa di Premix flour Classiquebonda yang mana tepung2 yang dijual ni boleh dibakar atau kukus....senyum dah aku...

so baru2 ni aku try buat...hasilnya....erm korang tgklah gambar kat bawah ni ye....

ni lah kek karamel yang aku buat sendiri....aku buat untuk sekilo tapi bahagi 2 so kecik la sket dari asalnye , tapi xpe senang nak potong n makan...next...


inilah dia bila sudah di potong...sangat gebu keknya...xberapa nampak erk? kejap nak close up...


inilah dia rupanya...mungkin xperfect tapi for the 1st time oklah...

jadi kek karamel yang banyak ni aku bawa ke kelas untuk dinikmati bersama kawan2 dan mendapat komen yang mereka sangat suka sbb kurang manis dan kek sgt gebu...so kredit kepada tok guru yang mengajar saya pantang larang pembuatan kek karamel ini...oooooooo lupa nak bgtau kek karamel ni aku kukus...huhuhuhuhuhu....

kalau korang nak cuba sendiri tepung kek ni aku ada jual siap cara nak buat lagi....calling2 ye...

c u next entry...



:: gilakan PAVLOVA ::

assalamualaikum....salam sejahtera....

semenjak dua menjak ni aku gila dengan PAVLOVA...sehinggakan memaksa aku mencari rupa, resepi dan sejarah pavlova ni...korang mesti lagi hebat dari aku kan...aku ni agak ketinggalan tentang benda2 baru ni...aku tau pasal pavlova ni pun dari member ofis...dia tanya "akk pandai tak buat pavlova?" aku ternganga [dengar pun tak pernah ni nak buat ]...aku terus tanya dia "ape tu?" "ala kak mcm desert je, camane nk cakap erh" lepas tu dia tunjuk aku gambar kawan dia buat untuk makan2 dekat ofis...kawan dia kata senang je nak buat.... aku pun " ooooo ye ke..."

balik dari ofis aku mulakan pencarian ape itu pavlova...mula2 cari gambar dulu .....


ooooooooooooooo ini dia rupa PAVLOVA tu.....

ok next aku cari sejarah PAVLOVA....

Pavlova adalah pencuci mulut meringue yg dinamakan sempena nama penari ballet Russia iaitu Anna Pavlova. Ia adalah pencuci mulut meringue dengan kerak garing dan lembut didalamnya..Pencuci mulut ini dibuat sempena kedatangan Anna ke New Zealand & Australia pada Tahun 1920an..xpasti plak selepas @ sblm dia datang melawat negara itu. Pembuatannya menjadi perdebatan antara 2 negara ini kerana masing2 menyatakan bahawa mereka la org pertama yg mencipta kek pavlova ni..aduh lantak korangla ye...ok itula serba sedikit sejarah PAVLOVA...

rasa mcm tertarik plak nk belajar buat PAVLOVA jadi aku pun search la dekat internet ni...akhirnya jumpa yang super simple dan mudah faham...korang nak tak resepinya??? xnak pun aku nak share jugak...rasa cam excited plak...hehehehe...ok ni dia resepinya....sumber dari CaHaYa CiNta Ku ::

- Kita perlukan 4 biji putih telor ayam.. telor ini BUKAN yg di simpan dlm peti ais tau..
- Secawan gula..kalau tak suka manis sangat kurangkan kepada 3/4...GULA CASTER ye
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh cuka makan
- 1/2 sudu teh esen vanila
tu je bahan2nya....mudahkan....untuk topping nanti jap lagi aku cite k...sekarang CARA BUAT plak...baca betul2 tau...


Cara2 membuatnya :

Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah saje..

Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius..

~ Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje tau.. 

~ Kemudian, putar putih telur pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu gebu (soft peaks).. Korang putar guna button paling max terus tau, takyah nak bermula dgn kelajuan rendah pun..

 - nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh..

~ Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar..

~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit..

- Bila dah sebati, stopkan mixer.. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak..

~ Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td..

Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..

~ Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..

- Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.. mcm nak buat benteng la kiranya.. macam kawah la lebih kurang...

~ Pastu apa lagi.. masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit..

- Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum..

- Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..

- Semasa proses pembakaran, jgn bukak tutup oven lak..perbuatan tu akan mencacatkan pavlova anda...

- Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

- Ini mengelakkan pavlova tersebut crack @ merekah.. biar le jap dlm 10 minit.. pastu barulah kuarkan.. biarlahseketika..
Cara2 membuat toppingnya :
 
~ Secawan @ 250 ml whipping cream..
Guna whipping cream jenama rich's..Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping.. beli kat kedai bakery je.. beli jenama rich's..kalau jenama lain tak jamin boleh jadi topping atau tidak coz xsemua whipping sesuai untuk pavlova ni...

~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit putar...lama kan...

~ Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan.. contoh buah stoberi, anggur hitam, kiwi , blueberry,ape2 sj yang kita nak sebab yang nak makan pun kita kan heheheheh....

~ Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak asingkan dr baking paper..

- letak topping yang dah diputar tadi pastu hiaslah dengan buah2 yang kita potong...cara potong buah terpulang nak didadukan ke nak panjang2 ke terpulang k....

- lebih sedap sebelum makan PAVLOVA tu disejukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam...tapi kalau dah tak sabar tu makan je lah...


haaaaaa dah siap...

SELAMAT MENCUBA......

:: BAYI LAHIR MEMEGANG SEBUAH AL-QURAN ::

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...apa khabar ? hope sihatlah ye....entry kali ni berkisar tentang kebesaran ALLAH...pagi tadi sampai awal kat opis then online kejap , terbaca satu kisah ni...meh aku kongsikan....






nampak tak dalam kotak sebelah kanan tu. itulah Al-Quran yang dikatakan keluar bersama-sama baby itu dari rahim ibunya...untuk cerita lanjut baca kat SINI ...

Jika benar SUBHANALLAH, besar sungguh kebesaran ALLAH...macam2 cerita pelik dan ajaib berlaku sejak akhir2 ni...semoga kita sentiasa tidak melupakan tuntutanNYA....

c u next entry ....

SIAPA SEBENARNYA YANG MAKI HAMUN TAUKE ?

ASSALAMUALAIKUM....tengah boring petang2 ni sementara nak tunggu waktu balik aku melayan FB...dalam leka tu terpandang link yang dikongsi seorang sahabat alam maya...sumber dari laman murai.com.my ... cerita lanjut menerusi laman yang sama...

kat bawah ni aku share video jawapan kepada soalan diatas...




c u next entry....

Wednesday 9 May 2012

:: citer sini abis sini la eh ::

assalamualaikum....hopefully korang semua sihat...aku alhamdulillah doakan yang terbaik sahaja...

1st off all aku nak ucap terima kasih kepada sahabat aku a.k.a rakan sebangunan tempat aku kerja a.k.a rakan blogger aku iaitu yana yassin sbb invite aku untuk mengahadiri majlis sidang media dan pra tonton filem MAN SEWEL semalam di E Curve Damansara.






Trailer Man Sewel Datang KL ::




al kisah aku tak pernah pun pg preview ape2 filem pun sebelum ni..Tapi ni kira pertama kali la merasai event sebegini. Aku pg dengan sahabat aku SITI KHADIJAH , bergerak dari ofis dan sampai je kitorang berSUBWAY dulu. Kebetulan member aku siti tu dia addict dengan SUBWAY siap ada kupon lagi.





Inilah gambar yang disnap sebelum dan semasa makan...klu korang nak tgk gambar lain boleh ke SINI... have great time great fun dengan kawan2 baru... Untuk merilexkan minda pergilah tengok cerita ni...sokong filem NEGARA dan berikan komen membina...


ok sekadar itu dulu...bye...

Tuesday 8 May 2012

APAKAH ITU RAWATAN SUNTIKAN NUCLEOPLASTY?

assalamualaikum...erm bersawang dah belog den ni ha....nk kata sibuk xla sibuk mana tp ada perkara2 yang lebih menjadi keutamaan....oklah ari ni sebenarnya aku stress dgn soseh2...yela mulut longkang boleh tutup kan...hurm xmo ckp lbih nnt tmbh dosa je...



kat sini aku nak share pasal 1 rawatan yg pernah aku jalani....mgkin korang pun pernah klu xpernah meh aku share sket ilmu....


NUCLEOPLASTY adalah satu kaedah rawatan alternatif bagi pesakit slip disc atau dlm bahasa melayunye cakera tergelincir....kaedah ini adalah merupakan satu lagi kaedah radiofrekuensi dimana haba akan dialirkan ke bahagian tgh cakera...


rawatan ini dilakukan dibawah kawalan x-ray serta pakar orthopedik. betul ke tidak ngeja...hentam je lah korang faham kan ...hehehehehe...ok caranya jarum akan disuntik dikiri dan kanan tulang kemudian haba 40-60 darjah celcius akan dialirkan ke tgh cakera....huhuhu klu xkena bius ni korang jerit tau...

Haba yang yang terbentuk dalam cakera ini akan melarutkan tisu nukleas (tengah) cakera yang menyebabkan penurunan tekanan yang ketara dalam cakera tersebut. Disebabkan tisu cakera bersifat anjal, maka penurunan tekanan ini meyebabkan bahagian cakera yang tergelincir itu mengecut semula. Pengecutan ini menyebab tekanan kepada akar saraf oleh cakera tergelincir tadi dapat dialihkan.Dengan itu sakit dari akar saraf yang tersepit tadi (sakit seperti renjatan elektrik yang turun kekaki) akan beransur pulih. Pergh macam ayat buku dah ni...
Teknik ni merupakan satu kaedah pemanasan dalam cakera, tetapi suhu yang yang agak rendah yang digunakan menyebabkan kerosakan minima pada tisu persekitaran jika kebocoran berlaku. Teknik ini mampu memberikan penyembuhan yang cepat dan pesakit hanya perlu dimasuk ke dalam wad selama satu hari sahaja. Kelegaan segera dari rasa sakit merupakan ciri utama teknik baru ini dan biasanya selepas satu hari suntikan dibuat.  Kesan sampingan yang sering berlaku ialah rasa pedih pada kulit bekas dari suntikan dilakukan. Korang nak rasa ke ? huhuhu jgnlah sayangilah diri korang k jangan jadi mcm aku...

oklah jumpa next entry k...bye

:: RED VELVET ::

ASSALAMUALAIKUM KORANG....

dah lama rasa tak menghupdate belog ni...penuh sawang bagai...bila ada mood bahan plak tak ada...huhuhuu....

kali ni nak share pengalaman buat kek, baru 1st time buat...aku ni al kisahnye trauma buat kek ni sebab masa zaman2 sekolah belajar buat kek ni memang fail la...pastu cepat putus asa...tp ye la zaman berubah masa berubah tiba2 keinginan nak buat kek tu datang balik bila dah tua-tua ni...[tua la sgt...] try la buat...

serius aku memang kosong bab2 bahan2 kek ni...apebenda n nak beli kat mana pun tak tau...tapi keinginan mengatasi segalanya aku pun usaha la bertanya sana dan sini dan akhirnya dapat then aku try...1st time mencari nama2 kek yg pelik dan belajar perlahan2 aku tau rupanya aku ni banyak dah tertinggal...1st tanya org kek yg famous sekarang ape ramai bg jawapan red velvet....atau baldu merah...huh sudah mana plak la nk cari contoh kek ni...hah !!! aku google la [ tq cik google ] dapatla tgk rupa kek tu...oooo kek tu warna merah rupanya...bila search resepi mak ai susahnya... [ bukan ape xpaham bahan2 tu pelik2 dan tak pernah dengar ] dah mula nak rasa putus harapan dah...tiba-tiba melalui FB aku kenal sorang kakak ni jual tepung kek segera n dalam albumnya tu siap tunjuk cara nak buat...terpandangla aku akn tepung kek red velvet tu...ape lagi order la tepung tu...untuk pengetahuan korang aku ni buat kek memang bolehla tp bab makan kek tu ada kureng sket...tp aku suka masak sbb suka tgk org makan masakan kita...puas rasanya kenyangkan orang ni...

ok ni part beli bahan pulak...mula2 tu memang peningla nak mencari maklumlah tak biasa, lagi satu tak tau tempat yg murah nak beli bahan2 tu...xpelah for the 1st time tryla dulu kan...sambil cari bahan sambil call kakak yang jual tepung tu tanya dia kalau tak ada jenama ini boleh guna jenama ape dan mcm2la aku tanya...aku balik dan try...hurm keterujaan datang bila tgk adunan kek tu jadi merah...huhuhu...hasil tak tahu lagi mcm mana...ALHAMDULILLAH hasilnya sgt awesome...belajar dengan guru yang betul , bagusla hasilnya...kek yang dah siap tu aku sedekah pada jiran2 dan kawan2 untuk dapatkan komen dan alhamdulillah semua kata ok...PRACTICE MAKE PERFECT...TIBA2 dapatla ilham nak menjual pulak tapi aku ni bukanlah pakar, sikit2 tu boleh la...

ok kat sini aku share gambar [ gambar je lah nak kek kena datang umah ] heheheheh... 2 kek red velvet yg pernah ditempah oleh kawan2 aku...


ni 1st kek rv aku yang ditempah oleh kak farah dari sepang...biasa je kan?


ni 2nd kek rv yang ditempah dari seorang budak lepasan SPM  untuk makan-makan je [ deco tu by request ]



cukuplah 2 keping je gambar ye...heheheh...hope enjoy dgn entry kali ni...see ya !!!