:: TETAMU KESAYANGAN ::

Monday 16 January 2012

:: 5 MINIT SOLEKAN ASAS ::


hope dapat belajar serba sikit ye...nnt kita upload lagi...sambil2 belajar jugak ni...

:: TELUR REBUS ::

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran, iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so

aku dah tak kisah lagilah..Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku dan kata aku balik lambat sebab kena menapak.Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus
lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia
suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya
aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur ntah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT...!!! ..fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTTTTTTT....!!!!!!!!!!...fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya...peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutuphidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku..mulutku terus melopong... ALAMAK..!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada..! jadi aku pun nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.. Dan pak mertua aku pun jawab.. 'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'

Sunday 15 January 2012

:: OKU ::

assalamualaikum selamat sejahtera semua...dah bersawang belog aku neh...semua gara2 kesihatan yg tidak mengizinkan...nntlah aku cerita ngan korang eh...

keadaan kesihatan yang meruncing sejak akhir2 ni memaksa aku untuk menggunakan tongkat...sebab ape??? nnt aku cerita di entry lain...yang aku nk cerita kat sini adalah gelaran atau panggilan atau sapaan org pada aku...

kisahnya begini, dalam keadaan aku bertongkat sekarang ni...jiwa dan emosi makin sensatif...tak taulah kenapa...mungkin pergerakan aku sekarang terbatas dan banyak perkara yang aku tak boleh buat semasa aku sihat dulu...

Kerana dahagakan ilmu aku gagahkan diri untuk menghadiri satu seminar...untuk menambah ilmu, untuk menghilangkan rasa tekanan...semasa dalam perjalan aku menuju ke dewan terserempak dengan seorang kawan berumur lebih kurang 40+++ menapa aku... 'hai OKU...dah OKU dah...nak bantuan kerusi roda ke...' masa tu ALLAH saja yang tau macam mana malu dan terhirisnya perasaan aku masa tu...sudahla dipanggilnya aku depan kawan2 aku yang lain...aku kuatkan hati tahan jgn airmata aku jatuh...tp sebenarnya semangat aku dah jatuh dan hampir aku patah balik ke kereta...

Umur nk masuk 50 tapi budi bahasa tak ada...lepas tu aku dah xmampu nk sembang dengan dia lagi sbb kecil hati sangat.... rupanya inilah perasaan seorang OKU...

p/s :: jadi korang jagalah perkataan bila berhadapan dengan orang kurang upaya...

:: LIFE ::

One thing about life that tells us it isn't always fair is how we ignore the ones who love us the most, yet we love the most the ones who just ignore us. Just because someone may not love you as you love him or her, doesn't mean that you should ignore all of those who love you. Doing so is a decision that all of us usually make either purposely or by default at one point in our lives, and is also an important lesson for us to learn from for the rest of our lives....and

If someone doesn't treat as special as you deserve to be treated, and doesn't love you the way that you deserved to be loved, as a person who is uniquely and wonderfully made, chances are this person doesn't deserve to have you in their lives. Make time and effort for the people who still love you and for the people that will always love you, instead of devoting yourself to those who just ignore how beautiful of a person you really are...hurm...