:: TETAMU KESAYANGAN ::

Wednesday 30 November 2011

:: GALERI WDB ::

assalamualaikum...dah tak ada ayat tp nk buat entry jugak..









jom klik <<< SINI >>>

:: 5 SEBAB ::

assalamualaikum...

ari ni nak share pasal SILVER lagi...hari2 belajar hari2 dpt ilmu baru so bila dah ada ni nak share lah...5 sebab kenapa PERAK menjadi pilihan sekarang...kenapa bukan EMAS... ok here we are...


5 sebab Global utk melabur dgn PERAK sekarang!!

1. Permintaan utk melabur dgn perak dah naik 522% sejak 2007

2. Kerajaan2 Dunia sedang mengumpul perak; angka penjualan rasmi dah 
jatuh menjunam ke 83% dlm jngkamasa 3 thn.

3. Bekalan perak (atas-tanah) dah jatuh 86% thn lepas.

4. Permintaan industri utk perak dah naik dekad lalu,wlaupun harga naik 
236%.

5. Perak menunjukkan persembahan lebih baik brbanding emas semasa "bull
market" iaitu pasaran 'NAIK'!

(info dari WealthDaily.com)

dah ada jawapan kan??? so jgn tunggu lagi...beli dan simpan sbb nilainya takkan jatuh macam WANG KERTAS...sekarang memang tak nampak keperluan tapi akan datang erm....sgt berbaloi...

-end-

:: GAJI SBPA 2012 ::

assalamualaikum...
 entry ari ni  berkisar GAJI PENJAWAT AWAM 2012....majoriti kita semua keje gomen kan...bila baca entry ni apa pendapat korang...???


Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu.

 Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :
1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

macam mana? korang setuju ke ? -end- 

SUMBER :: < KLIK SINI >

BBholics! Keep connected at crzy low rates wit Prepaid BIS plans and win free BBs! Only #UMobile

BBholics! Keep connected at crzy low rates wit Prepaid BIS plans and win free BBs! Only #UMobile

Tuesday 29 November 2011

:: BETUL KE NI ???::

assalamualaikum semua...entry kali ni agak mengejutkan...betul ke ? korang tgk lah sendiri ye...

 rasa2 korang surat ni tipu ke betul ? erm byknye makanan yg diragui kehalalannya....pls jabatan yang berkenaan tolong umat islam senaraikan makanan yg tidak halal supaya umum mengetahuinya...
- end-

Wednesday 23 November 2011

:: KISAH RASULULLAH s.a.w & SITI FATIMAH ::

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.




Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."


Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya :)

Tuesday 22 November 2011

:: TROFI KEMENANGAN DITARIK BALIK ::

assalamualaikum.....

entry kali ni agak mengejutkan...ape pun hanya mereka2 yang terlibat je yang tau....bacalah....




Trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 18 yang dimenangi oleh Yuna akan ditarik balik. Kontroversi terbaru AIM18 itu disahkan oleh Yuna menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.
Dalam ruangan Dengarnya yang tersiar di akhbar Berita Harian hari ini, khabarnya berlaku kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang dipertandingkan.
Ruangan tersebut turut memaparkan bahawa trofi tersebut akan diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.
GUA sedang cuba untuk menghubunyi wakil penganjur RIM dan AIM18 bagi mendapatkan reaksinya.
Yuna dalam akaun Twitter miliknya enggan menjawab sebarang pertanyaan dan meminta setiap persoalan diajukan kepada pihak penganjur iaitu RIM dan AIM.


apa komen korang ???

:: BURUNG ALBATROSSESS ::

assalamualaikum...persoalan kepada KENAPA BURUNG ALBATROSSESS MATI ada jawapannya dalam gambar di bawah....











sejak burung ni mati ia tidak pernah dialihkan, erm kesiankan burung ni...ini berpunca dari kelekaan manusia terhadap sensitiviti sekitar terutama pembuangan sampah yang tidak sistematik...JOM KITA UBAH !!!
 

:: ONG KIM SWEE TIBAI WARTAWAN ::

assalamualaikum....tak habis2 pasal bola lagi yerk....aku pun...hehehehe
ok korang tgklah video kat bawah ni then komen ok ....



:: TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH ::


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Monday 21 November 2011

:: ONG KIM SWEE ::

assalamualaikum...salam sejahtera....

cuba hayati bait kata-kata seorang pejuang...walaupun bukan bangsa kita bukan agama kita tapi misinya tetap sama cuma caranya berbeza... SAYA BERBANGGA DENGAN KAMI 'ONG KIM SWEE'

 Kata2 jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee kepada pemain-pemain Malaysia semasa perlawanan final semalam :

"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibubapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia(kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia.."

"Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya"
Aura yang sgt hebat , kata-kata yang menyuntik semangat CINTAKAN NEGARA MALAYSIA !!!

:: KENAPA PERAK bukan EMAS ?? ::

assalamualaikum...

persoalan diatas akn dijawab melalui video ni...dan akan ada entry2 berkaitan selepas ini...hopefully dapat tambah ilmu korang semua yerp...SHARING IS CARING !!!

:: SALAM TAKZIAH ::

assalamualaikum...

hari ni byk pulak idea yang datang jadi jangan buang masa jom aku nak share sket....ok tgk gmbr kat bawah ni .....


Melihat kan gambar ini terbit rasa simpati...info yang aku dapat katanya kedua-dua mereka telah meninggal dunia...jika benar Salam Takziah kepada keluarga mangsa...namun apa yang menyedihkan cara dan tempat mereka menemui ajal...apepun aku bukan org yang layak untuk memberi sebarang komen...sudah sampai masa tidak kira dimana atau bila ajal tetap sampai tepat pada waktunya...

Gambar ini aku dapat dari mukabuku seorang sahabat, tapi yang menyedihkan aku adalah komen2 yang diberikan sangat2 mengecewakan...kita bertanding bukan bergaduh kita bersukan bukan berperang...ape perlunya kata2 kesat dan penghinaan , kata2 sindiran dan maki...ape gunanya ???? Hati rasa marah dan kecewa, kita serumpun dan sesama ISLAM, benar banyak provokasi yang dilakukan oleh mereka namun jika kita bertindak sebagai orang yang sangat profesional , integriti dan kredibiliti kita akan dipandang lebih tinggi oleh orang lain...tak perlu kita membalas bercakaran sesama sendiri kerana akhirnya MARUAH KITA TERCALAR ...MARTABAT kita menjadi rendah...jadilah orang yang dihormati walaupun kita bukan sesiapa...cuma kena ingat kita RAKYAT MALAYSIA yang majoritinya beragama ISLAM !!!!


:: I'M PROUD TO BE MALAYSIAN ::

assalamualaikum....

panassssssss!!!!! dari malam tadi sampai sekarang org masih memperkatakan tentang bola sepak...YE BOLA SEPAK AKHIR MALAYSIA vs INDONESIA...kesudahan dengan 4 MALAYSIA 3 INDONESIA.....

hormon telah merembes dalam badan sehingga menyebabkan SEMANGAT semua rakyat MALAYSIA melebihi 100% hari ni termasuk aku.... TAHNIAH HARIMAU MUDA...semoga kalian terus berjuang bukan sekadar untuk MENANG tapi MARUAH...TAHNIAH !!!! aku sangat2 bangga dengan corak permainan, dengan kawalan permainan dan barisan pemain...walaupun ada yang kata klu tak kerana KHAIRUL FAHMI semua ni tak kan berlaku, tapi pada aku semangat berpasukan yang ditunjukkan adalah perkara yang sgt penting...semua terlibat dalam kejayaan pasukan NEGARA. Baik dari pengurusan, pemain tak kira kesebelasan utama atau simpanan, semuanya memainkan peranan yang penting dan apa yang lebih penting KEMENANGAN ini rezeki dari ALLAH...DIA yang memperkenankan DOA kita semua setelah berhempas pulas dan inilah hasilnya...

JIKA permainan malam tadi menyebabkan kita KALAH aku juga tetap rasa berbangga kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain....HARAPAN aku MARUAH sukan selepas ini akan terus naik naik dan naik dan MALAYSIA akan menjadi sebuah negara yang amat digeruni di mata dunia... insyALLAH...

TAHNIAH ADIK ADIKKU TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN....

Wednesday 16 November 2011

:: TAKDIR PENENTU SEGALANYA ::

assalamualaikum ... salam sejahtera...

baru lepas mengemas rumah...so now time berbelog....sebelum nk tido online 'mukabuku' kejap terpandang sharing dari seorang teman....tapi jauh disudut hati tak nak jadi macam tu...apapun hanya ALLAH tau mana yang TERBAIK untuk kita...


"........sekuat mana kita setia,
sehebat mana kita merancang,
sejauh mana kita menunggu,
sekeras mana kita bersabar,
sejujur mana kita menerima,
jika ALLAH tidak menulis jodoh kita tidak bersama,
kita tetap tidak akan bersama selamanya......"

tapi apepun nasihat aku bersangka baiklah dengan ALLAH....HE KNOW THE BEST !!!



:: 7 KESILAPAN PENGURUSAN KEWANGAN ::

assalamualaikum ... selamat sejahtera...

topik untuk petang ni agak serius sikit...bila terfikir pasal masa depan semuanya berkisar tentang kewangan...huish sgt takut sbb umur dah menginjak 3series ni tapi masih belum ada apa2 lagi...klu pun bukan untuk diri sendiri untuk keluarga kita....ok dah petang2 ni aku take time untuk layari laman sesawang ni jadi terjumpa artikel ni...korang bacalah ye hopefully boleh jdkan panduan...

JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya". Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.
 
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad. Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.

Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

Lewat Menabung Untuk Hari Tua
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.

Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Terlampau Memikirkan Pasal Wang
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.
 

= sama2 lah kita merepair kembali cara kita uruskan kewangan yerk =

Monday 14 November 2011

:: BATU PERMATA & BULAN KELAHIRAN , APA KAITANNYA ?? ::

assalamualaikum...selamat sejahtera....

rajin pulak hari ni yerk..ni entry tentang BATU PERMATA...apakah ??? bukan nak jadi saudagar batu permata tapi ada satu perkongsian dari seorang sahabat dalam laman MUKABUKU tentang bulan kelahiran dan batu permata yang mana batu permata tu merujuk sifat kita [ baca je ok jgn percaya sgt erk ] ...entry ni sekadar suka2 je santai2 untuk menenagkan kepala lepas buat fail yang bertimbun ni...huhuhuh....1st korang tgk gambar kat bawah ni dulu.....

 batu permata yang mana satu menunjukkan sifat menerusi bulan kelahiran korang sumer ?? 
SUMBER :: STOLEN MOMENTs

Kat bawah ni ada huraian,[ dalam bahasa inggeris hokey ] tapi korang baca je lah erk klu ada yang tersama tu may be kebetulan .....

JANUARY=CHATTER
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Inner and physical beauty. Lies but doesn’t pretend. Gets angry often. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Easily hurt but recovers easily. Daydreamer. Opinionated. Does not care to cont...rol emotions. Unpredictable.Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them ALL.

FEBRUARY=THUG
Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever.
Changing personality. Attractive. sexiest out of everyone.A real speed demon. Has more than one best friend. Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest and loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislikes unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp. Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions.

MARCH=GORGEOUS
Drop dead gorgeous!!! Attractive personality. Affectionate & Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Chatterbox! Loves to talk alot! Loves to get their way! . Unbelievable kisser! Easily angered. Very stubborn in the most way possible! Loves to get noticed! Willing to take risks for others. Makes good choices. Has a great fashion sense! Maybe a little too popular with others . Outgoing and crazy at times! Intelligent. Can sometimes be a heart-breaker! Can love as much as possible! Hates insults. Loves compliments! and quiet the charmer. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. The best in bed out of the other 11 months!! Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Observant and assesses others.likes to keep they're crushes
kinda secret. pretty much flawless.

APRIL=ADORABLE
Suave and compromising.. Funny and humorous. Stubborn. Very talkative. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed. Loyal. Does work well with others. Very confident. Sensitive.. Positive Attitude. Thinking generous. Good memory. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Able to cheer everyone up and/or make them laugh. Able to motivate oneself and others. Understanding. Fun to be around. Outgoing. Hyper. Bubbly personality. Secretive. Boy/girl crazy. Loves sports, music, leisure and traveling. Systematic..

MAY=LOVER
Active and dynamic. Decisive and haste but tends to regret. Attractive and affectionate to oneself. Strong mentality. Loves attention. Diplomatic. Consoling, friendly and solves people’s problems. Brave and fearless. Adventurous. Loving and caring. Suave and generous. Usually you have many friends. Enjoys to make love. Emotional. Stubborn. Hasty. Good memory. Moving, motivates oneself and others. Loves to travel and explore. Sometimes sexy in a way that only their lover can understand.

JUNE =FINENESS
Fun to be with. Loves to try new things. Boy/girls LOVE you. You are very popular. Secretive. Difficult to fathom and to be understood. Quiet unless excited or tensed. Takes-rep pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people’s feelings. Tactful. Friendly. Approachable. Emotional temperamental and unpredictable. Moody and easily hurt. Witty and sparkly. spazzy at times.Not revengeful. Forgiving but never forgets. dislikes nonsensical and unnecessary things. Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving. Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying. Loves to be alone. Always broods about the past and the old friends. Waits for friends. Never looks for friends. Not aggressive unless provoked. Loves to be loved. Easily hurt but takes long to recover.

JULY=GANGSTA
You’ve got the best personality and are an absolute pleasure to be around. You love to make new friends and be outgoing. You are a great flirt and more than likely have a very attractive partner, a wicked hottie. Like somebody with a JUNE birthday. It is also more likely than that you have a massive record collection. When it comes to films, you know how to pick them and may one day become a famous actor/actress yourself - heck, you’ve got the looks for it!!!

AUGUST=ATTITUDE
outgoing personality. takes risks. feeds on attention. self control. kind hearted. Self confident. loud and boisterous. VERY revengeful. easy to get along with and talk to. has an “every thing’s peachy” attitude. likes talking and singing. loves music. daydreamer. easily distracted. Hates not being trusted. BIG imagination. loves to be loved. hates studying. in need of “that someone”. longs for freedom. rebellious when withheld or restricted. lives by “no pain no gain” caring. always a suspect. playful. mysterious. “charming” or “beautiful” to everyone. stubborn. curious.. independent. strong willed. a fighter.

SEPTEMBER=IMP
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the center. Great in bed. Inner and physical beauty. Doesn’t pretend. Gets angry often. A meaningful love life partner. Makes right choices. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Does not harm others. It is all about love and fairness. Easily hurt and hard to recover. Daydreamer and does fulfill. Opinionated. Does not care to control emotions. Knows what to do, to have fun. Unpredictable. Someone to have close to you. Extremely smart, but definitely the most adorable of them all.

OCTOBER=PASSIONATE
Trustworthy and loyal. Very passionate and dangerous. Wild at Times. Knows how to have fun. Very mysterious. Everyone is drawn towards your inner and outer beauty and independent personality. Playful, but secretive. Very emotional and temperamental sometimes. Meets new people easily and very
social in a group. Fearless and independent. Can hold their own. Stands out in a crowd. Essentially very smart. Usually, you ever begin a relationship with someone from this month, hold on to them because their one of a kind.

NOVEMBER=SWEETIE
Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck.. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves traveling. Dislike being at home. Restless. having many children. Hardworking. High spirited.

DECEMBER=BEAUTY
This straight-up means ur the most good-looking Loyal and generous. Patriotic. Competitive in everything. Active in games and interactions. Impatient and hasty. Ambitious. Influential in organizations. Fun to be with. Easy to talk to, though hard to understand. Thinks far with vision, yet complicated to know. Easily influenced by kindness. Polite and soft-spoken. Having lots of ideas. Sensitive. Active mind. Hesitating, tends to delay. Choosy and always wants the Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Loves freedom. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves traveling. Dislike being at home. Restless. having many children. Hardworking. High
spirited.

hopefully korang enjoy ye baca entry ni....daaaaa
  
======================






:: BAHAYA MINUMAN 3 in 1 ::

assalamualaikum...selamat sejahtera semua...

lepas selesai kerja aku pun belek2 lah laman sesawang so terjumpa satu artikel ni...aku rasa dah lama artikel ni keluar br hari ni berkesempatan nak baca...jadi bila dah baca aku try cari info tambahan bagi menguatkan lagi kenyataan tentang bahaya minuman 3 in 1 ni...

 ni lah artikel yang aku jumpa tu

Personally aku memang tak minum NESCAFE atau yang seangkatan dengannya kecuali dulu kerap minum MILO 3 in 1 tapi dah lama dah tak minum 3 in 1....dah tak beli pun, klu time pegi beli barang dapur beli milo dalam tin tu saja...[ HANTU MILO ]...

ada lagi satu info nak share ngan korang....
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati akibat menjadikan minuman 3 in 1 NESCAFE sebagai amalan :

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Sakit dada

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. simptom -simptom di atas semakin kerap berlaku
 
6. Tapak tangannya.semakin basah.

DIAGNOS :: Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)

Kaedah untuk merawat jantung berdasarkan kes diatas :

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6.Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan
 

Amalkan amalan: 

Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan
dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
 
Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda.
 
Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
 
Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

SUMBER :: DaYdEcK's SiTe

so korang2 yang jadikan minuman itu sebagai ' A MUST ' boleh lah tukar kepada sesuatu yang lebih sihat...kita jugak yang untung kan...=)


:: IMPIAN ::

assalamualaikum...selamat sejahtera....

IMPIAN....korang ada impian ??? mesti ada kan....dah tercapai ke semua ? klu dah aku nk ucap SYABAS!!! aku ?? masih ada yang belum [ mode :: tiba2 jadi sedih ]

ada impian yang paling besar belum tertunai dan tak tau bila akn tertunai... [ sedang tahan airmata ]... nak share dengan korang semua tapi rasanya aku belum bersedia... 28 NOV ni bday aku yang ke T____________________T hahaha korang tekalah ye....dan sepatutnya pada tarikh tu aku dah capai impian aku tapi ALLAH lebih mengetahui segala yang terbaik buat aku....ape pun aku tetap berharap IMPIAN yang satu itu akan tertunai biar pun lambat aku tetap terus menunggu....[ AISHITERU lah pulak ]...

Impian yang lain2 alhamdulillah ada yang dah tercapai....

ok jumpa next entry k...